Carian Kursus

[ KCA0029 ] Kursus Persembahan Slaid Efektif dan Berimpak Tinggi [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dapat melahirkan penjawat awam yang berupaya menyampaikan maklumat dengan jelas, kreatif, dan inovatif di samping meningkatkan kemahiran digital penjawat awam dalam membangunkan kandungan slaid persembahan dengan lebih menarik dan berkesan. 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kaedah penghasilan slaid yang baik mengikut panduan yang disediakan; dan
  2. Mengenal pasti kesalahan yang biasa dilakukan semasa menghasilkan slaid persembahan dengan pantas.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran dan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran melebihi 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Kuala Lumpur sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.

  4. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sebelum kursus bermula.

  5. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod MUTE sekiranya tidak digunakan.

  6. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.

  7. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.

  8. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.

  9. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/02/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Slaid Persembahan... Suatu Penyiasatan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Slaid Persembahan... Suatu Penyiasatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Slaid Persembahan Redesign and Facelift
Hari Ke-2 | 22/02/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Slaid Persembahan Redesign and Facelift
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Makmal Penyediaan Slaid/Penilaian Sumatif
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Sumatif/Rumusan/Penilaian Kursus