Modul Pengurusan Tatatertib adalah salah satu modul khusus dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pelaksanaannya bertujuan bagi memantapkan ilmu pengetahuan dan kompetensi Pengurusan Sumber Manusia sektor awam.
Kursus dilaksanakan secara 'blended training' melalui pelbagai kaedah serta metodologi penyampaian agar ia benar-benar memberi impak yang menyeluruh kepada peserta.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang menghadiri kursus.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.
3. Permohonan Kursus
i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.
iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Kewajipan Kehadiran
i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
ii. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.
iII. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengenalan Pengurusan Tatatertib | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Tatakelakuan Dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Prosedur Tatatertib Biasa, Tidak Hadir Bertugas & Tidak Dapat Dikesan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Perintah Tahan Kerja, Gantung Kerja, Kes Sabitan Jenayah & Prosedur Perintah Tahanan | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penamatan Perkhidmatan dan Peletakan Jawatan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Hukuman Tatatertib & Prosedur Surcaj |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Prosedur Rayuan dan Kesilapan Lazim Dalam Pengurusan Pengurusan Tatatertib | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Laporan Ketua Audit negara (LKAN) & Implikasi Tindakan Tatatertib Terhadap Perkhidmatan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Rumusan, Penilaian dan Penutup |