Carian Kursus

[ KPA0003 ] Masterclass on Civil Service Collaboration [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Tadbir urus kolaboratif ialah pendekatan dalam suatu proses membuat keputusan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan yang bekerjasama untuk mencapai suatu matlamat. Dalam konteks Malaysia, pendekatan ini menjadi semakin penting apabila negara menghadapi cabaran kompleks seperti COVID-19 dan musibah bencana alam yang memerlukan usaha sama untuk menanganinya. Salah satu pemacu utama tadbir urus kolaboratif di Malaysia ialah aspirasi untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam di mana penglibatan pemegang taruh yang berkenan dalam sesuatu proses pembuat keputusan berpotensi untuk memupuk kepercayaan, ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi dalam proses penggubalan dasar. 

Oleh yang demikian, mengambil kira kepentingan dan keperluan semasa, Pusat Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek dan Governan (PDPG) menyediakan Kursus Masterclass on Civil Service Collaboration yang akan memberikan pendedahan kepada penjawat awam mengenai cara bekerja baharu melalui kolaborasi dengan mengamalkan tadbir urus terbaik

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti perbezaan konsep antara kerjasama, penyelarasan dan kolaborasi dalam sektor awam di Malaysia.
  2. Menyatakan kepentingan kolaborasi dalam sektor awam di Malaysia
  3. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu idea yang mempunyai elemen kolaborasi antara kementerian/jabatan.
Syarat Tambahan

Kumpulan P&P

Gred 41 - 56

Modul/Topik
Hari Pertama | 27/10/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Malaysia Madani
: Teori Kolaborasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kerjasama, Koordinasi atau Kolaborasi?
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kepercayaan, Komunikasi dan Komitmen
Hari Ke-2 | 28/10/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kepimpinan dan Keterangkuman
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi Perkongsian Ilmu: Inisiatif Kolaborasi Kementerian/ Jabatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Situasi dan Solusi
Hari Ke-3 | 29/10/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Rentas Fakta
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rentas Fakta
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rentas Fakta
Hari Ke-4 | 30/10/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Momentum Kolaborasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Wacana Idea
: Cetus & Nilai
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Momentum Kolaborasi
Hari Ke-5 | 31/10/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Cetus & Nilai
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Refleksi dan Rumusan