Dalam mendepani pelbagai cabaran, penjawat awam merupakan tunjang utama dalam merealisasikan pelbagai hasrat pihak kerajaan. Oleh itu, budaya kesegeraan dan budaya pengurusan tepat sangat penting bagi menghadapi persekitaran operasi yang mencabar dan sukar jangka.
Selaras dengan ini, pihak INTIM berhasrat supaya projek khas ini dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang budaya kesegeraan dalam perkhidmatan awam dan memastikan jabatan dapat mendukung tadbir urus yang lebih cekap bagi menjamin kepuasan pelanggan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS | |
: | PENGENALAN KEPADA BUDAYA KESEGERAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | MEMBINA BUDAYA KONDUSIF: UNITY IS SPEED, SPEED IS POWER | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MENANGANI PERUBAHAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TEKNIK PENGURUSAN KESEGERAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | KAJIAN KES DAN LDK | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PEMBENTANGAN DAN REFLEKSI | |
: | PENILAIAN & PENUTUP |