Carian Kursus

[ ISA0028 ] KURSUS JURUACARA MAJLIS DIRAJA NEGERI PERAK [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kurus juruacara majlis Diraja Negeri Perak ini adalah bertujuan untuk melatih dan mempertingkatkan kemahiran penjawat awam, pegawai protokol dan individu terpilih dalam mengendalikan majlis Diraja Negeri Perak sama ada didalam istana mahupun diluar istana mengikut protokol yang telah ditetapkan. Memandangkan  peranan juruacara amatlah penting dalam memastikan kelancaran sesuatu majlis terutamanya yang melibatkan kehadiran kerabat Diraja, IPPTAR telah mengorak langkah yang baru dalam bidang latihan dengan menganjurkan Kursus Juruacara Majlis Diraja demi melahirkan lebih ramai lagi mereka yang berbakat untuk mengendalikan acara rasmi Diraja. Selain itu Kursus ini juga berperanan untuk mengembalikan kegemilangan instutusi Diraja agar rakyat lebih memahami dan menghormati institusi Diraja dengan lebih baik. Sasaran peserta adalah terdiri dari anggota Jabatan Penerangan (JAPEN), RTM Negeri Perak dan pegawai dari Kerajaan Negeri Perak.

Objektif Kursus
  1. Memahami peranan dan tanggungjawab dalam majlis Diraja
  2. iMenguasai tatacara, protokol dan adat istiadat Diraja
  3. Memantapkan kemahiran berkomunikasi untuk menganjurkan majlis atau acara rasmi kerajaan negeri
  4. Meningkatkan keyakinan diri semasa mengendalikan majlis.
  5. Melahirkan pelapis dalam kalangan pejawat awam untuk menjadi juruacara majlis Diraja
Syarat Tambahan

1. Peserta kursus dikehndaki membawa laptop masing-masing

2. Peserta perlu membawa kelengkapan peribadi sediri

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/05/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN PENGACAARAN MAJLIS DIRAJA
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: ASAS PENULISAN SKRIP
Hari Ke-2 | 17/05/2025 | Sabtu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ETIKA DAN PROTOKOL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ETIKA DAN PROTOKOL 2
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TEKNIK ASAAS PENGENDALIAN SITUASI LUAR JANGKA
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: KEMAHIRAN VOKAL
Hari Ke-3 | 18/05/2025 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIHAN AMALI INDIVIDU