Kursus ini dilaksanakan khususnya bagi memastikan metodologi Mastering Innovation Through Design Thinking ini dapat diterapkan dan dipraktikkan sebagai satu kaedah terkini dalam mendorong pemikiran kreatif di kalanagan penjawat awam khususnya dalam keupayaan bersintesis serta menghasilkan idea-idea yang kreatif dan inovatif berfokuskan rakyat dan berimpak tinggi. Penggunaannya juga dapat mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta memupuk hubungan terbuka dan harmoni antara pihak pengurusan dan pekerja.
Mastering Innovation Through Design Thinking juga telah digariskan sebagai salah satu kaedah penghasilan projek selain daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dalam Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016 : Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Perkhidmatan Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Mastering Innovation Through Design Thinking ialah metodologi yang terdiri daripada lima (5) Langkah iaitu Empati (Empathy), Takrif (Define), Jana (Ideate), Prototaip (Prototype) dan Uji (Test). Menurut Tim Brown, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IDEO, metodologi ini merupakan satu pendekatan bagi penghasilan inovasi berfokuskan rakyat dengan mengintegrasikan keperluan masyarakat, teknologi dan penciptaan nilai.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke emel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat.
3. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Peserta WAJIB membawa resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
iii. Bayaran yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Maklumat Kesihatan
Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
6. Maklumat Pemakanan
Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.
7. Kewajipan Kehadiran
Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.
8. Senaman Pagi
Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap..
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia Madani | |
| : | Pengenalan Kepada Design Thinking | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Langkah 1 : Emphatise | |
| : | Tugasan Lapangan | |
| : | Langkah 2 : Define | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Langkah 3 : Ideate | |
| : | Langkah 4 : Prototype |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Langkah 5 : Testing and Iterate | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Tugasan Lapangan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Latihan & Persembahan : Storytelling/ Rumusan/ Penilaian Kursus |