Kursus Pengenalan Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersialan terbuka kepada penjawat awam yang ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan aspek perlindungan harta intelek dan proses pengkomersialan bagi produk fizikal mahpun perkhidmatan. Pengisian kursus ini sangat bersesuaian dengan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif mahupun mereka yang terlibat dengan pertandingan inovasi. Peserta-peserta akan didedahkan dengan aspek teori dan amali berkaitan perlindungan harta intelek serta perkongsian dari pengamal / inventor tentang proses pengkomersialan yang telah di laksanakan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ;
1. Kursus akan dijalankan di lokasi ditetapkan secara bersemuka fizikal melalui sesi ceramah dan aktiviti kumpulan (latihan amali).
2. Kemudahan penginapan TIDAK DISEDIAKAN kepada peserta yang mengikuti kursus ini.
3. Para peserta dikehendaki membawa komputer riba untuk mengikuti latihan amali bagi slot kajian kes dan carian data berkaitan harta intelek di website.
4. Peserta digalakkan berinteraksi dalam kelas bersemuka dengan mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran.
5 Menyediakan pakaian yang sesuai untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke pusat teknologi dan inkubator yang ditetapkan .
6. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus sekiranya memenuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya 100%.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Konsep Pengkomersialan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan Kepada Harta Intelek | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalan Kepada Paten: Pendaftaran dan Proseduar |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Paten Searching: Latihan Amali | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan): Kajian Kes dan Aplikasi |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Lawatan Pusat Pengembangan Teknologi/Pengkomersialan : Putra Science Park | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | (Sesi Perkongsian Pengalaman Pengkomersialan) Pusat Pengembangan Teknologi/Pengkomersialan : Putra Science Park | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Inovasi |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Path To Commerciallisation | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Recall, Review and Reflect on IP And Commercialisation |