Carian Kursus

[ SZA0013 ] Program Transformasi Minda [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • Program ini terbuka kepada penjawat awam lantikan baharu yang bertugas bagi tujuan pengesahan jawatan sahaja (senarai nama oleh JPA).
  • Permohonan yang tidak melalui JPA (permohonan sendiri - telah mendapat kebenaran daripada Agensi/Kementerian masing-masing) akan dipertimbangkan sebaik kuota senarai daripada JPA dipenuhi.
  • Program ini berjalan selama lima (5) hari secara bersemuka (kaedah pembelajaran berubah dari semasa ke semasa (akan dimaklumkan jika ada), bergantung kepada keadaan semasa dan arahan Majlis Keselamatan Negara).
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan tarikh lantikan dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi (keutamaan lantikan tahun 2021 atau sebelumnya)
  • Keutamaan peserta adalah dari Agensi/Kementerian di Wilayah Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
  • Penawaran program bagi peserta yang berjaya akan dilakukan SEBULAN sebelum tarikh program.
  • Setiap peserta perlu membuka akaun masing-masing dalam portal dtims (www.dtims.intan.my) dan memohon dalam talian untuk menyertai kursus ini.
  • Setiap peserta memerlukan emel rasmi aktif dan info emel boleh dikemaskini melalui HRMIS kerana segala maklumbalas juga disalurkan melalui emel rasmi peserta. 
  • Penginapan dan sajian peserta disediakan. Wajib menginap di IKWAS.
Modul/Topik
Hari Pertama | 26/02/2023 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus & Taklimat PTM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan)
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan)
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan)
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan)
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ujian Psikologi / Pembangunan Diri
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Keterampilan Diri)
Hari Ke-2 | 27/02/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Perkhidmatan Awam, Pengenalan Kepada Organisasi dan Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam & Sistem Pentadbiran Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam (Peraturan Pegawai & Perintah Am)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengucapan Awam
: Pengucapan Awam
: Pengucapan Awam
: Pengucapan Awam
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengurusan Pelanggan)
Hari Ke-3 | 28/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Integriti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pemikiran Kritis dan Inovatif)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Aktiviti Kumpulan
: Aktiviti Kumpulan
Hari Ke-4 | 01/03/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Keselamatan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Aduan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat Ujian Akhir & Taklimat Penilaian Kursus
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Aktiviti Kumpulan
Hari Ke-5 | 02/03/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Aktiviti Kerohanian
: Persiapan Ujian Akhir
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
:  Ujian Akhir dan Penilaian DTIMS & Penutup Kursus