Salah satu perubahan penting dalam semakan ISO 9001:2015 adalah untuk mewujudkan pendekatan yang sistematik kepada risiko, dan tidak menganggapnya sebagai satu komponen tunggal Sistem Pengurusan Kualiti. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta berhubung Pengenalan kepada Risiko dan Peluang (Risk and Opportunities) dalam ISO 9001: 2015 dan menerangkan bagaimana untuk menentukan dan menguruskan risiko dalam operasi sesebuah organisasi.
Untuk makluman, selaras dengan arahan terkini berkaitan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR), Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 ini akan dijalankan secara dalam talian (online).
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Konsep Pengurusan Risiko | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Konteks Organisasi (Isu dalaman dan luaran) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pengenalpastian Risiko | |
| : | Latihan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Penilaian Risiko | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembangunan format penilaian risiko | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Latihan dan Pembentangan Kumpulan | |
| : | Penambahbaikan |