Carian Kursus

[ KNA0010 ] Kursus Myportfolio : Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada peserta berkaitan dengan garis panduan, pendekatan dan tatacara menyediakan dokumen myPortfolio berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan dan melaksanakan tatacara penyediaan myPortfolio dengan teratur; dan
  2. Menyediakan satu myPortfolio untuk satu jawatan yang berasaskan sekurang-kurangnya satu proses kerja bagi tujuan pembentangan dan perbincangan kumpulan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan semasa.
Syarat Tambahan

1. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terlibat sebagai penyelaras myPortfolio di Jabatan/Agensi.

2. Peserta dihendaki membawa peralatan/maklumat berikut semasa kursus ini dijalankan.

  • Komputer riba;
  • myPortfolio/Fail Meja/Manual Prosedur Kerja sedia ada;
  • Carta Organisasi dan Carta Fungsi agensi terkini;
  • Undang-Undang / Peraturan / Punca Kuasa yang berkaitan dengan fungsi jabatan, dan
  • Lain-lain dokumen berkaitan tugas / unit yang diperlukan untuk penyediaan myPortfolio

3. Kemudahan penginapan adalah tidak dapat disediakan berikutan Asrama INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara sedang dalam proses penyelenggaraan dan naik taraf.

4. Peserta yang berjaya dipilih akan dimaklumkan melalui surat tawaran berjaya secara e-mel yang didaftarkan.

5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/01/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus
: Overview Malaysia Madani
: Pengenalan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tatacara Penyediaan myPorfolio
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tatacara Penyediaan myPorfolio (Sambungan)
Hari Ke-2 | 17/01/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat myPortfolio HRMIS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latih Amal Penyediaan myPortfolio
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Penyediaan myPortfolio (Sambungan)
Hari Ke-3 | 18/01/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Kumpulan (Sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan Penilaian