Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Punca kuaca PTM adalah dari Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 yang menjelaskan mengenai pelaksanaan PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat Kursus | |
: | Sistem Pentadbiran Negara | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Overview Perkhidmatan Awam dan Pengenalan Kepada Laluan Kerjaya | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan) | |
: | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
: | Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengenalan Kepada Pengucapan Awam) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam (Peraturan Pegawai & Perintah-Perintah Am) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Budaya Kerja Kelas Pertama (Pemikiran Kritis dan Inovatif) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam) | |
: | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
: | Pengucapan Awam (Latih Amal) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan Integriti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Budaya Kerja Kelas Pertama (Imej & Ketrampilan Diri) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengurusan Pelanggan) | |
: | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
: | Pengucapan Awam (Latih Amal) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan Keselamatan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Aduan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Ujian Psikologi & Taklimat Psikologi | |
: | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
: | Pengurusan Majlis |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembentangan Kumpulan | |
: | Pembentangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Ujian Pemahaman | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Persediaan Majlis Penutupan Program | |
: | Majlis Penutupan Program |