Carian Kursus

[ WZA0038 ] Kursus MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan bagi membolehkan peserta kursus dapat mengaplikasikan kemahiran dalam penyediaan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dengan lebih terancang berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018  dan membina keupayaan sebagai pakar runding bagi melancarkan pelaksanaan  myPortfolio di agensi Kerajaan serta bertepatan kepada penjawat awam yang ingin mendalami prinsip pengurusan sumber manusia sektor awam, termasuk sebagai persediaan menjawat kedudukan sebagai pentadbir/ketua jabatan atau untuk meningkatkan pengetahuan selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan dan melaksanakan tatacara penyediaan myPortfolio dengan teratur
  2. Menyediakan satu myPortfolio untuk satu jawatan yang berasaskan sekurang-kurangnya satu proses kerja bagi tujuan pembentangan dan perbincangan kumpulan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan semasa.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;

1.       Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Wilayah Sarawak secara fizikal sama ada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing;

2.       Hendaklah log in kepada Google Meet/ Zoom pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus;

3.       Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan;

4.       Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Google Meet/Zoom;

5.       Mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Google Meet/Zoom; dan

6.       Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 02/02/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN MYPORTFOLIO
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO
Hari Ke-2 | 03/02/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN SKIM PERKHIDMATAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGENALAN BERKENAAN PERJAWATAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN JOB DESCRIPTION