Carian Kursus

[ ISB0014 ] PENGUCAPAN AWAM DIPERKASA DENGAN AI [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Lanskap komunikasi profesional pada hari ini telah mengalami perubahan yang drastik. Pengucapan awam bukan lagi sekadar berdiri di atas pentas fizikal menghadap audiens, malah ia kini beralih kepada komunikasi digital yang memerlukan individu bercakap di hadapan lensa kamera—sama ada untuk mesyuarat maya, pembentangan video, korporat, mahupun penjenamaan peribadi di media sosial. Seiring dengan itu, kemunculan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) telah merevolusikan cara manusia merangka, menulis, dan menyampaikan mesej. Memahami peralihan ini, kursus "Pengucapan Awam Diperkasa dengan AI" direka khusus untuk menggabungkan kemahiran insaniah (soft skills) dengan kepintaran teknologi (hard skills) bagi melahirkan penyampai maklumat yang bukan sahaja yakin, tetapi cekap dan efisien

Objektif Kursus
  1. Menguasai Penggunaan AI: Memanfaatkan aplikasi Kecerdasan Buatan (seperti ChatGPT, Claude, Gamma.app, Yoodli) untuk mempercepatkan proses penjanaan idea, penulisan skrip, dan penghasilan visual pembentangan
  2. Membina Keyakinan Depan Kamera: Mempraktikkan teknik visualisasi, kawalan mata (eye-contact) ke arah lensa, dan bahasa badan yang dinamik apabila merakam video atau bersiaran langsung secara maya
  3. Melakukan Analisis Kendiri: Menggunakan alat bantuan AI sebagai 'jurulatih peribadi' untuk mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan vokal, intonasi, serta tabiat pertuturan secara masa nyata (real-time).
  4. Menyampaikan Pembentangan Berimpak Tinggi: Menghasilkan dan menyampaikan ucapan yang berstruktur, memujuk, dan profesional dengan sokongan visual yang menarik
Syarat Tambahan

Para peserta dikehendaki:

• Telefon pintar yang boleh merakam video (kamera hadapan berfungsi);
• Komputer riba ;
• Pakaian formal korporat untuk sesi rakaman kamera (Hari 2 & 3);
• Akaun e-mel peribadi atau rasmi untuk pendaftaran aplikasi AI;
• Fail atau sampel skrip ucapan sebenar daripada tugas hakiki (untuk dijadikan bahan bengkel).

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Asas Pengucapan Awam Era Digital
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penampilan Diri & Executive Presence
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Generative AI untuk Komunikasi Awam
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Asas Prompt Engineering untuk Skrip Ucapan
Hari Ke-2 | 06/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prompt Lanjutan – Skrip Ucapan Rasmi, Sidang Media & Teks YB
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penapisan Skrip AI – Etika, Fakta & Suara Pegawai
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik Vokal, Intonasi & Pernafasan
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Jurulatih AI Peribadi
Hari Ke-3 | 07/05/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Menguasai Lensa Kamera – Framing, Eye Contact & Bahasa Badan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Canva Magic Design – Slaid Impak Tinggi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Briefing & Persiapan Grand Finale
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: THE GRAND FINALE (3 Panel Paralel)