Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016. Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK. Dalam masa yang sama, peserta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing. Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh dua hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 11 hingga 54.Kursus ini terbuka bagi semua penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi yang berminat untuk memahami keperluan asas perlaksanaan Horizon Baharu KIK. Namun keutamaan diberikan kepada peserta yang telah dilantik oleh jabatan atau agensi samada sebagai penyelaras, fasilitator, ketua atau ahli kumpulan Horizon Baharu KIK. Keutamaan juga diberikan kepada peserta yang belum pernah menghadiri kursus ini.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;
1. Tidak perlu datang ke INTAN Jalan Elmu Kuala Lumpur secara bersemuka samada untuk pendaftaran kelas atau asrama. Hanya perlu berada di tempat masing-masing (pejabat/di rumah).
2. Menyertai kursus dalam talian menggunakan aplikasi Zoom pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari berkursus.
3. Perlu memiliki kemudahan komputer dengan kelengkapan webcam (kamera/video) dan audio (bunyi) untuk mengikuti kursus ini.
4. Kursus akan dijalankan secara atas talian 100% melalui sesi ceramah dan aktiviti kumpulan (latih amal).
5. Peserta digalakkan berinteraksi seperti kelas bersemuka dengan mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui audio atau chat room.
6. Mmengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat room.
7. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus sekiranya memenuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya 80%.
Nota: Kursus ini tidak dikenakan bayaran (percuma).
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada Horizon Baru KIK | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penghasilan dan Pengenalpastian Projek | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Mekanisme Penilaian dan Kriteria Pemarkahan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Teknik dan Kaedah Design Thinking | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Teknik dan Kaedah Design Thinking | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penyediaan Dokumentasi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penyediaan Dokumentasi - sambungan Penilaian Kursus |