Carian Kursus

[ TZA0078 ] KURSUS AI DESIGN AND CODE [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penjawat awam berkenaan  kemahiran dalam memahami fungsi teknologi generative AI terkini dalam penggunaan canva serta aplikasi dalam kerja dan kehidupan seharian.

Objektif Kursus
  1. Memahami fungsi teknologi generative AI terkini dalam Canva serta aplikasi dalam kerja dan kehidupan seharian.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi, tengahari dan malam sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM. (Makan malam tidak disediakan pada malam sebelum kurus bermula)

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan. 

6. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus adalah secara dalam talian. Yuran kursus wajib dibayar sebelum kursus bermula dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal hadir.

7. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Bulk Create : Instant Design Latihan 1 : Social Media Enhancement
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Magic Studio Latihan 2 : Photo Editing & Manipulation
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Generative Image Latihan 3 : AI-Powered Creative Poster
Hari Ke-2 | 06/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Canva Docs, Switch & Whiteboard Latihan 6 : Magic Write Docs
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Generative Presentation Latihan 7: AI Presentation Mastering Integration Apps Web Integration in Canva Interactive e-book Publication
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Canva AI : Web App Canva AI : Form Canva AI : Games Projek Akhir : Integrated Web with Canva Code