Carian Kursus

[ ICB0076 ] Masterclass Next Brand: Future Identity & Digital Positioning [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Masterclass Next Brand: Future Identity & Digital Positioning merupakan program pembangunan bakat dan pengukuhan kompetensi digital yang memberi fokus kepada pembinaan identiti jenama masa hadapan dalam era kecerdasan buatan (AI), media digital dan ekonomi kreatif.

Program ini dianjurkan bersempena AI Grand Prix 2.0 IPPTAR International sebagai platform pendedahan industri kepada para pelajar, khususnya dalam memahami evolusi penjenamaan digital, strategi kandungan, komunikasi visual serta penggunaan teknologi AI dalam membentuk positioning jenama yang relevan, kompetitif dan berimpak global.

Melalui penglibatan pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, program ini turut membuka ruang jaringan industri-akademia serta pengalaman pembelajaran secara praktikal bersama pakar industri media, kreatif dan teknologi.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pembinaan identiti jenama digital serta strategi digital positioning selaras dengan perkembangan teknologi AI dan media baharu.
  2. Memberi pendedahan praktikal kepada pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau mengenai penggunaan AI, kandungan kreatif dan komunikasi digital dalam industri media masa kini.
  3. Menggalakkan kreativiti dan inovasi peserta dalam membangunkan prototaip kandungan immersive yang boleh diaplikasikan dalam bidang penyiaran, produksi media dan industri kreatif.
Syarat Tambahan

Penyertaan tertutup. Program kerjasama IPPTAR dan UiTM Rembau.

Modul/Topik
Hari Pertama | 04/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: FUTURE IDENTITY
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERSONAL BRANDING
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: DIGITAL CONTENT POSITIONING
Hari Ke-2 | 05/06/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERTUMBUHAN EKONOMI DIGITAL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERTUMBUHAN EKONOMI DIGITAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGAPLIKASIAN DIGITAL
Hari Ke-3 | 06/06/2026 | Sabtu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LET'S TALK X20: DATO'ROSLAN BIN ARIFFIN, PENGARAH IPPTAR
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: LET'S TALK NEXUS: YB DATUK FAHMI FADZIL, MENTERI KOMUNIKASI