Kursus ini merupakan pendedahan mengenai bagaimana untuk mengenal pasti dilema integriti yang sering berlaku dalam kehidupan dan pekerjaan, serta cara menangani tekanan dan godaan yang boleh menjejaskan prinsip diri. Peserta akan didedahkan kepada pendekatan psikologi dalam membuat keputusan yang beretika, memahami perbezaan antara tindakan yang perlu RESIST (tolak) dan nilai yang perlu PERSIST (kekal teguh). Kursus ini juga membantu membina kekuatan dalaman, meningkatkan kesedaran kendiri, dan mengamalkan prinsip integriti secara konsisten dalam apa jua situasi.
Kursus Modul RESIST vs PERSIST Siri 1/2025 ini akan dijalankan secara BERSEMUKA di INTAN Bukit Kiara.
1- Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran kursus.
2- Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.
3- Peserta diminta membuat pembayaran yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30 secara di atas talian dan lampirkan resit pembayaran dalam sistem DTIMS.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Set Minda Tingkah laku berintegriti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Konflik segi tiga | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | BENTENG KENDIRI |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | THE BIG no | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Reaksi Kendiri | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Anchoring |