Sesi Libat Urus dengan Pengusaha Walet berkaitan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0 (Zon Timur) Bil. 2/2025
Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta Pengusaha Walet dijemput untuk menyertai sesi libat urus ini bagi membincangkan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0 di Zon Timur.
sesi libat urus bersama pengusaha walet berkaitan 1GP, ikut zon (4 sesi); zon TIMUR. Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2024 ditambah baik daripada penerbitan sebelum ini dengan memberi penekanan kepada aspek kelestarian pembangunan agar ianya selaras dengan piawaian kemampanan dan keperluan semasa. Pengukuhan garis panduan ini adalah berdasarkan usaha sama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan industri burung walet dibuat secara teratur dan terancang.
Untuk penginapan, peserta dimaklumkan bahawa semua penginapan adalah di bawah tanggungan sendiri. Jika berminat untuk menginap di lokasi cadangan, peserta boleh menghubungi pihak IPP Panji secara terus:
Institut Pengurusan Peladang Panji
Lot 3007, Cabang Tiga,
Kampung Belukar Lanjut Kumumin,
16100 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-771 8220
Emel: ipp.panji@gmail.com
PENDAFTARAN ID PREMIS PENGUSAHA WALET MELALUI SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET:
A. Link Sistem MyWalet https://mywalet.dvs.gov.my/;
- Retrieved ID atau daftar baharu, minta ambil gambar yg diperlukan utk upload terus dalam sistem (format jpeg)
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pemerkasaan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0: Peningkatan Standard dan Amalan di Zon Timur |