Carian Kursus

[ KFA0055 ] KURSUS ETIKA DAN TADBIR URUS KEWANGAN AWAM [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Tujuan meningkatkan kefahaman pegawai kewangan awam mengenai kepentingan etika dan tadbir urus dalam pengurusan kewangan negara. Melalui pendekatan forensic accounting dan audit, peserta akan didedahkan kepada prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan, di samping memahami peranan mekanisme kawalan ini dalam mencegah serta menangani penyelewengan kewangan, seterusnya memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap pengurusan kewangan sektor awam. 

 

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman pegawai kewangan awam terhadap kepentingan etika dan tadbir urus dalam pengurusan kewangan negara; dan
  2. Memperkasa budaya integriti dalam organisasi melalui pematuhan kepada prinsip tadbir urus yang baik.
Modul/Topik
Hari Pertama | 25/08/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perakaunan Forensik : Peranan dalam Mengesan dan Mencegah Penyelewengan (Konsep, prinsip & cabaran dalam sektor awam bagi Kewangan Awam)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Perakaunan Forensik : Peranan dalam Mengesan dan Mencegah Penyelewengan (Kes-kes rujukan & pendekatan analitikal)
: Audit dan Akauntabiliti: Kewangan Awam (Hubungan audit dalaman, audit luaran dan audit forensik dengan tadbir urus)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Audit dan Akauntabiliti: (Simulasi kes atau perbincangan senario sebenar)