Carian Kursus

[ TZA0052 ] Kursus Pengurusan Kenderaan Kerajaan [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Tatacara Pengurusan Kenderaan Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan semasa yang berkuat kuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pengurusan Kenderaan Kerajaan adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.  

Objektif Kursus
  1. Menerangkan proses penerimaan dan pendaftaran kenderaan jabatan yang baharu berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 - Pengurusan Kenderaan Kerajaan;
  2. Menerangkan proses pelupusan, kehilangan dan hapus kira kenderaan Jabatan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.1 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan; dan
  3. Menerangkan proses semakan buku log kenderaan jabatan dengan betul dan tepat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 - Pengurusan Kenderaan Kerajaan.
Syarat Tambahan

Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • Perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam. Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya.
  • Perlu mengikuti sepenuhnya aktiviti kursus 80% tanpa gagal.
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.20 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  • Menyelesaikan pre test pada awal sesi program dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia di ruangan chat window.
  • Menetapkan webcam pada mod ON yang menunjukkan imej hidup (live image) semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  • Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri program latihan. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  • Sejumlah RM30.00 akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus. Yuran pendaftaran hendaklah dibayar secara dalam talian sebelum tarikh kursus dan kadar yuran untuk setiap peserta kursus adalah Penjawat Awam: RM30/ peserta atau Sektor Swasta Tempatan/ GLC: RM420/ peserta. Resit rasmi boleh dijana bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing. 
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir program.
Modul/Topik
Hari Pertama | 16/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus & Malaysia MADANI
: Pengenalan Kepada Pengurusan Kenderaan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pendaftaran Kenderaan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira Kenderaan Kerajaan
Hari Ke-2 | 17/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembelian & Penggunaan Bahan Api Kenderaan dan Sistem Bayaran Tol
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Buku Log Kenderaan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan
Hari Ke-3 | 18/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelenggaraan Kenderaan dan Pengurusan Kemalangan Kenderaan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Contoh-Contoh Penemuan Audit Berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan
: Penilaian dan Penutupan Kursus