Carian Kursus

[ SZA0030 ] Kursus Pengurusan Risiko Dalam Sektor Awam [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

 

Kursus ini diwujudkan sebagai garis panduan bagi penjawat awam untuk mencapai maksud seperti berikut:

Kementerian, Jabatan dan Agensi hendaklah mengamalkan teknik-teknik pengurusan risiko sebelum melaksanakan sesuatu projek atau program terutamanya yang berisiko tinggi untuk meminimakan risiko semasa pelaksanaannya, berdasarkan kepada Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009 dalam Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus pada Para 6.5 (iiiv).

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti punca dan kategori risiko di jabatan/agensi masing-masing bagi membolehkan langkah-langkah pencegahan awal dapat diambil;
  2. Menyediakan Jadual Penilaian Risiko yang komprehensif di semua peringkat;
  3. Mengaplikasikan konsep dan strategi kawalan risiko dalam sektor awam dengan lebih berkesan
Syarat Tambahan

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke emel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

2. Etika Berpakaian
Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat.

3. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.

4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Peserta WAJIB membawa resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
iii. Bayaran yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.

5. Maklumat Kesihatan
Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.

6. Maklumat Pemakanan
Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.

7. Kewajipan Kehadiran
Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.

8. Senaman Pagi
Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap.

Modul/Topik
Hari Pertama | 07/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat dan Pengenalan Kursus serta Taklimat Malaysia MADANI
: Pengenalan/Konsep Pengurusan Risiko
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penilaian Risiko (Mengenalpasti Risiko)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Risiko (Menganalisis dan Mengkategori Risiko)
Hari Ke-2 | 08/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Strategi Kawalan Risiko
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kajian Kes - LDK Mengisi Daftar Risiko
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan
: Rumusan dan Penilaian Kursus