Carian Kursus

[ KNA0022 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 :Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara berkesan  dan berkualiti iaitu Delighting the Customer dari aspek fizikal, penyampaian dan emosi serta dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas perkhidmatan pelanggan berdasarkan PKPA 1/2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa; dan
  3. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTAN.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Bukit Kiara adalah tidak disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 14/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KONSEP PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERKHIDMATAN KAUNTER & TELEFON BERKUALITI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: HUBUNGAN INTERPERSONAL
Hari Ke-2 | 15/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: “MYSTERY SHOPPING”
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: “MYSTERY SHOPPING”
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTANGAN “MYSTERY SHOPPING”
Hari Ke-3 | 16/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KOMUNIKASI BERKESAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: IMEJ SEBAGAI PETUGAS BARISAN HADAPAN