Carian Kursus

[ SZA0003 ] Kursus Pemikiran Kreatif [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Selaras dengan keperluan semasa di dalam perkhidmatan awam, penekanan kepada strategi dan program berteraskan keberhasilan bagi menjana inovasi dan meningkatkan produktiviti amat dititikberatkan oleh stakeholder. Sehubungan itu itu, kursus yang diadakan dalam talian ini menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea serta platform bagi menanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan teori serta konsep pemikiran kreatif dan inovatif
  2. Menyenaraikan Creative Tools yang boleh digunakan untuk menjana idea kreatif dalam pekerjaan
  3. Menerangkan bagaimana Creative Tools digunakan untuk membuat penambah baikan , menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi
  4. Mengaplikasi Creative Tools digunakan untuk membuat penambah baikan , menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi
  5. Mengaplikasi Best Practice yang dipelajari ke arah meningkatkan pembudayaan inovasi organisasi
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Para Peserta diekehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

1. Mendaftar masuk awal setengah jam semasa loggin kursus secara dalam talian dengan menggunakan nama penuh peserta;

2. Menyatakan no telefon bimbit dan alamat emel resmi yang aktif untuk urusetia menghantar pautan (link) kelas secara dalam talian;

3. Menetapi masa kursus yang ditetapkan oleh urusetia berpandukan jadual kursus

4. Memaklumkan urusetia sekiranya peserta perlu meninggalkan kelas untuk urusan resmi atau urusan keluarga ketika BDR; dan 

5. Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak menggunakannya untuk membolehkan penceramah berinteraksi dengan peserta.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 01/02/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ice Breaking & Topik Pengenalan Kepada Kreativiti & Inovasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Memahami Minda
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Creative Tools: Creative Challenge, Alternative and Concept Fan
Hari Ke-2 | 02/02/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Creative Tools : Mind Provocation and Random Input
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Creative Tools: Brainstorming and Scamper Makluman Penilaian & Penutup Kursus