Carian Kursus

[ BZA0022 ] Kursus Prosedur Kewangan (Asas) [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat awam. Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan amalan prinsip-prinsip akan dapat memastikan peruntukan yang telah diberikan kepada kerajaan, program, aktiviti atau projeknya mengikut perancangan dan anggaran, sistem, prosedur dan peraturan semasa serta mendapat pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

 

Objektif Kursus
  1. Untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan serta kefahaman mengenai pengurusan kewangan sektor awam secara menyeluruh.
  2. Untuk meningkatkan kefahaman dalam proses dan prosedur pengurusan kewangan.
  3. Untuk memberi kesedaran kepada pegawai awam mengenai pentingnya mereka dalam penglibatan mereka dalam pengurusan kewangan di organisasi masing-masing.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih menghadiri kursus dalam talian:

1. Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya dan hanya perlu berada ditempat masing-masing.

2. Hendaklah log in kepada goggle Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

3. Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

4. Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Googgle Meet.

5. Mengekalkan adab tatasusila semasa pengunaan chat window Google Meet.

6. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil kehadiran kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 27/07/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Integriti Dalam Pengurusan Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Elaun Dan Tuntutan Perjalanan
Hari Ke-2 | 28/07/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pungutan dan Mengakaun Wang Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Bayaran Kawalan Peruntukan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Kumpulan Wang Amanah dan Deposit
Hari Ke-3 | 29/07/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Stor Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Pengurusan Aset Alih Kerajaan