Carian Kursus

[ TZA0073 ] KURSUS PEMBANGUNAN MINDA BERETIKA [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan dengan pembentukan minda berdasarkan model Howard Gardner yang dapat membantu meningkatkan amalan nilai dalam organisasi. .

Objektif Kursus
  1. Menerangkan semula lima minda masa hadapan berdasarkan model Howard Gardner
  2. Menyenaraikan tiga strategi pembentukan minda hormat berdasar model ‘respect
  3. Mengenalpasti tahap tingkah laku beretika melalui penilaian kendiri
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

  7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 27/10/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS
: PENGENALAN PEMBANGUNAN MINDA BERETIKA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBENTUKAN MINDA DISIPLIN, SINTESIS DAN KREATIF
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTUKAN DAN PENGAPLIKASIAN MINDA HORMAT
Hari Ke-2 | 28/10/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTUKAN DAN PENGAPLIKASIAN MINDA ETIKA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MINDA ETIKA DAN KAITAN DALAM KONSEP IHSAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MINDA ETIKA DALAM KEPIMPINAN