Carian Kursus

[ KCA0044 ] Kursus Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) [ Siri 3/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai langkah-langkah membangunkan pelan strategik pendigitalan agensi berdasarkan Garis Panduan Penyediaan Perancangan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PerSPSA) yang dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN). Pasukan PMO agensi/jabatan amatlah digalakkan untuk menghadiri kursus ini agar mendapat kefahaman yang jelas dalam pembangunan PSP di agensi/jabatan masing-masing.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan lima fasa dalam pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) mengikut Garis Panduan Penyediaan Perancangan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PerSPSA) dengan betul.
  2. Menerangkan dan membimbing penyediaan analisis, strategi, pelan tindakan dan dokumentasi PSP berdasarkan templat-templat PerSPSA dengan betul.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada semua penjawat awam gred 29 hingga 56 (SSM) / gred 5 hingga 15 (SSPA).

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/09/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Topik 1: Pengenalan dan Fasa Mobilisasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Topik 2: Fasa Analisis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Fasa Analisis
Hari Ke-2 | 22/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Topik 3: Fasa Strategi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Fasa Strategi (Sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Topik 4 : Enterprise Architecture dalam perancangan strategik
: Latihan Fasa Strategi
Hari Ke-3 | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Topik 5 : Fasa Formulasi • Pelan Tindakan dan Anggaran Kos
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latihan Fasa Formulasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Topik 6: Fasa Dokumentasi • Dokumen Pembangunan PSP