Kursus ini bertujuan untuk memastikan setiap penjawat awam yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam mempunyai nilai, integriti dan etika yang tinggi dengan menerapkan pemahaman dan penghayatan. Peserta kursus juga akan didedahkan dengan kefahaman dan penghayatan untuk membudayakan nilai-nilai integriti dan etika melalui pembinaan sahsiah yang berterusan bagi memenuhi ekspektasi rakyat seterusnya meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Kaedah penyampaian dalam kursus ini adalah berbentuk ceramah, pengendalian ujian psikologi, perkongsian kes, latih amal dan perbincangan di antara penceramah dan peserta.
Kursus ini sesuai diikuti oleh peserta berikut:
- Semua penjawat awam; dan
- Boleh memberikan kerjasama dalam sesi latihan amali.
Sebarang pertanyaan berkaitan kursus, peserta boleh menghubungi penyelaras kursus seperti dalam maklumat berikut:
1- Pn. Nur Hayati binti Zulkifli (Penolong Pegawai Tadbir) - 03-2084 7297 hayati@intanbk.intan.my
2- En. Mohd Azrul bin Mat Said (Perunding Latihan Kanan) - 03-2084 7775 mohdazrul@intanbk.intan.my
1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Etika Perkhidmatan Awam anjuran Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN Bukit Kiara sebelum ini;
2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah LENGKAP DOS VAKSIN dan perlu ditunjukkan kepada urusetia kursus pada hari pendaftaran;
3- Peserta kursus perlulah SENTIASA MEMATUHI SOP pencegahan wabak COVID 19 semasa berada di kelas serta premis INTAN Bukit Kiara; dan
4- Mengisi PENILAIAN KURSUS setelah tamat kursus.
Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kenegaraan 1 | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Integriti Penjawat Awam | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Etika Kerja 1 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Nilai-nilai Murni 1 | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Nilai-nilai Murni 2 |