Carian Kursus

[ KEA0005 ] Kursus SMART Integriti [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

SMART Integriti menumpukan kepada pembangunan nilai dalaman penjawat awam menerusi nilai universal yang terangkum dalam ajaran Islam. Akronim S.M.A.R.T. merujuk kepada Syariah, Muamalat, Akhlak, Rahmah dan Taqwa. Kursus SMART Integriti ini telah dirangka bagi memastikan integriti dan akauntabiliti penjawat awam daripada semua peringkat tetap padu. Pendekatan SMART Integriti yang menumpukan kepada persoalan kesedaran dan penghayatan nilai diharapkan dapat menyuntik kesedaran dan membangunkan roh serta kesungguhan para penjawat awam terhadap amanah yang diberikan kepada mereka. Pekerja yang holistik mempunyai kekuatan luaran (skill) dan dalaman (integriti dan akauntabiliti).

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasi nilai-nilai murni dan akhlak selari dengan prinsip dan nilai integriti dalam perkhidmatan awam.
  2. Meningkatkan kesedaran dan komitmen dalam memperkukuh kerjasama cintakan organisasi.
  3. Memperkukuh daya kepimpinan dan memantapkan nilai-nilai yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus SMART Integriti Siri 1/2023 ini akan diadakan secara dalam talian.

  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Utama Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang program;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Capaian ke platform dalam talian akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula;
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 27/02/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Integriti Penjawat Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Jati Diri Asas Integriti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hati Ini Milik Siapa
Hari Ke-2 | 28/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Integriti: Kaitannya dengan Hari Pembalasan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Integriti: Gerak Minda dan Sikap
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan