Carian Kursus

[ IEB0045 ] KURSUS TEKNIK PENGIMBANGAN MUZIK [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Teknik Pengimbangan Muzik ini diadakan bagi membolehkan para peserta menguasai proses penyesuaian tahap kelantangan vokal dan setiap alat muzik dalam persembahan secara langsung. Penggunaan peranti seperti konsol (mixing console atau digital mixer), EQ, kompresor, serta kesan bunyi seperti reverb dan delay memastikan tiada elemen yang terlalu dominan atau tenggelam. Hasilnya, kejelasan bunyi dapat dicapai secara seimbang untuk menyajikan pengalaman pendengaran yang optimum kepada penonton.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kecekapan dan teknik peserta dalam menjalankan proses semakan bunyi secara sistematik sebelum persembahan berlangsung.
  2. Memperkaya kemahiran peserta dalam mengimbangi frekuensi utama bagi setiap instrumen dan vokal, termasuk kick drum, snare, bass, gitar, dan penyanyi (Vocalist).
  3. Menguasai teknik adunan bunyi yang optimum bagi memastikan liputan audio yang seimbang untuk penonton (FOH) serta keselesaan kawalan bunyi untuk pemuzik di atas pentas (monitor).
Syarat Tambahan

Keutamaan diberikan kepada pegawai yang bertugas di dalam bidang siar raya dan juru audio di Kementerian Komunikasi serta agensi di bawahnya yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1- Bunyi
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 2 – Sound Check (FOH & Monitoring)
Hari Ke-2 | 20/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 3- Sound Check Live Band (Indoor)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 3- Audio Mixing and Balancing for Live Band (Indoor)
Hari Ke-3 | 21/08/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 4- Sound Check Live Band (Outdoor)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 4- Audio Mixing and Balancing for Live Band (Outdoor)