Carian Kursus

[ KCA0058 ] Kursus Pengenalan Kepada Pembangunan Bahan Kursus e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah kursus terbuka dan merupakan pra-syarat bagi agensi-agensi yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®). Peserta yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus bagi agensi masing-masing adalah diberikan keutamaan. Peserta akan diberi bimbingan secara teoritikal dan fizikal dalam membangunkan bahan kursus serta penerangan lengkap mengenai proses pembangunan bahan kursus agar pembangun modul mematuhi Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan proses pembangunan bahan kursus EPSA® bertepatan dengan Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®
  2. Menjelaskan struktur dan kaedah asas dalam penyediaan bahan kursus EPSA®.
  3. Menjelaskan elemen multimedia dan rekebentuk teknikal dalam pembangunan bahan kursus EPSA®.
Syarat Tambahan

Penyertaan adalah digalakkan kepada semua agensi kerajaan dan keutamaan adalah diberi kepada semua agensi kerajaan negeri Sarawak dalam usaha untuk memperkenalkan informasi/urusniaga/kepakaran masing-masing kepada seluruh penjawat awam di  Malaysia. 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 20/02/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®) • Pengenalan kepada Projek Pembangunan Bahan Kursus EPSA® • Proses Pembangunan Bahan Kursus EPSA®
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: • Rekabentuk Teknikal Bahan Kursus EPSA® • Demo Bahan Kursus EPSA® • Kahoot/Quizzes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: • Pengenalan Kepada Struktur Bahan Kursus EPSA® • Latihan Pembangunan Struktur Bahan Kursus
Hari Ke-2 | 21/02/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Bahan Kursus EPSA® • Requirement & Analysis • Mind Mapping • Latihan Mind Map • Kahoot/Quizzes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembangunan Lesson Map • Concept Design • Instructional Design
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Pembangunan Lesson Map dan sesi pembentangan
Hari Ke-3 | 22/02/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Bahan Kursus EPSA® • Kaedah menukarkan slaid mengajar kepada slaid EPSA • Pembangunan Story Board • Penyediaan Skrip Voice Over
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latihan Pembangunan Lesson Map • Sesi perbincangan dan jawab soal • Pembentangan Story board dan Skrip Voice Over • Kahoot/Quizzes • Penbentangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sambungan Pembentangan