Carian Kursus

[ JDNDA0006 ] LATIHAN PEMBANGUNAN PROSEDUR DAN SENARAI SEMAK (CHECKLIST) AUDIT BERHUBUNG KESELAMATAN SIBER BAGI ENTITI INFRASTRUKTUR MAKLUMAT KRITIKAL NEGARA (NATIONAL CRITICAL INFORMATION INFRASTRUCTURE, NCII) SELARAS DENGAN KEPERLUAN AKTA KESELAMATAN SIBER 2024 [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Tujuan latihan:

  1. Meningkatkan kefahaman peserta mengenai kawalan keselamatan siber yang digariskan dalam dokumen tataamalan keselamatan siber NCII;

  2. memastikan pembangunan prosedur dan senarai semak yang standard bagi membantu pelaksanaan audit yang seragam dan konsisten selaras dengan keperluan kriteria audit yang ditetapkan oleh Arahan No. 8 KE NACSA; dan

  3. membantu pembangunan keupayaan audit yang sistematik dan praktikal.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman mengenai Akta Keselamatan Siber 2024, Akta 854, Peraturan-Peraturan di bawah Akta 854, Arahan Ketua Eksekutif, Tataamalan dan Garis panduan;
  2. Memastikan pematuhan kepada Arahan Ketua Eksekutif No. 8, Audit Berhubung Keselamatan Siber Bagi Entiti NCII dan memberi pendedahan pembangunan prosedur dan senarai semak audit keselamatan siber NCII;
  3. Meningkatkan kefahaman terhadap keperluan kawalan keselamatan siber;
  4. Membantu peserta membangunkan prosedur dan checklist audit yang praktikal yang akan dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh entiti NCII sektor Kerajaan dalam memastikan pelaksanaan audit; dan
  5. Memperkasa keupayaan melaksanakan audit keselamatan siber secara berkesan.
Syarat Tambahan

Peserta adalah kumpulan tertutup yang terdiri daripada kumpulan/ kategori seperti berikut:

  1. Pegawai JDN terdiri daripada Seksyen Keselamatan NCII Kerajaan (BPG JDN), pasukan Perunding Keselamatan (BPD JDN) dan pasukan ICTSO (BTM JDN) serta entiti NCII JDN;

  2. Wakil Entiti NCII kementerian dan jabatan di bawah Ketua Sektor Kerajaan NCII JDN; 

  3. Wakil Juru Audit; dan

  4. Wakil dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 09/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta
: Ucapan Aluan dan Taklimat Bengkel
: Penerangan Arahan Ketua Eksekutif No. 8
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Perbincangan Keperluan Audit NCII
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembangunan Prosedur Audit Keselamatan Siber
: Penyediaan Draf Prosedur Audit
Hari Ke-2 | 10/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Senarai Semak (Checklist) Audit Keselamatan Siber
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyelarasan Senarai Semak Audit
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyelarasan Prosedur dan Senarai Semak
: Rumusan Keseluruhan dan Tindakan Susulan
Hari Ke-3 | 11/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Polisi/Dasar/Pelan/Garis panduan keselamatan siber infrastruktur maklumat kritikal (NCII)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sambungan: Polisi/Dasar/Pelan/Garis panduan keselamatan siber infrastruktur maklumat kritikal (NCII)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sambungan: Polisi/Dasar/Pelan/Garis panduan keselamatan siber infrastruktur maklumat kritikal (NCII)
: Rumusan Keseluruhan dan Tindakan Susulan