Carian Kursus

[ KNA0019 ] Kursus Human Resource Champions: Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

 

 

Objektif Kursus
  1. Memahami dasar dan peraturan-peraturan berhubung dengan perkhidmatan awam di bawah P.U.(A) 1/2012
  2. Memahami pengurusan prestasi dalam Perkhidmatan Awam
  3. Meningkatkan kemahiran aplikasi praktikal terutamanya dalam bidang Pengurusan Prestasi dan juga Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan dan Kew. 8 melalui sesi latih amal
Syarat Tambahan

1. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian/jabatan/agensi.

2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk melayakkan bagi mendapat sijil kehadiran kursus.

4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan. 

5. Sebanyak RM30.00 (tunai) akan dikutip daripada setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 23/04/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Urusan Pelantikan Dalam Perkhidmatan (Kontrak)
: Urusan Pelantikan Dalam Perkhidmatan (Peminjaman / Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat
Hari Ke-2 | 24/04/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Prestasi (LNPT dan MyPerformance)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal Pengurusan Prestasi (MyPerformance)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tanggung Kerja
: Pengiktirafan: PPC & APC
Hari Ke-3 | 25/04/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan dan Kew. 8
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan dan Kew. 8
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penilaian dan Bersurai