Carian Kursus

[ KEA0015 ] Kursus Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian [ Siri 4/2022 ]

Sinopsis Kursus

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan kesihatan mental yang baik?

Faham bagaimana untuk menguruskan emosi dan tekanan dengan berkesan?

Mahir dengan cara berkomunikasi yang baik dan sentiasa berfikiran positif?

 

Faham mengenai Surah Al-Fatihah dan penggunaannya?

Jika kebanyakan jawapan anda adalah TIDAK, maka marilah sertai kursus ini.

 

Kursus Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian ini adalah anjuran Program Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, INTAN Bukit Kiara yang akan dijalankan di INTAN Kampus Wilayah Sarawak (INSARA). Kursus ini diadakan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan secara ASAS kepada para penjawat awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental dan cara-cara menguruskan emosi dengan lebih berkesan, selain turut memahami Surah Al-Fatihah dan mempelajari cara penggunaannya yang lebih bersesuaian dalam kehidupan seharian. 

 

Kursus akan diadakan secara BERSEMUKA. Penginapan adalah sangat TERHAD dan disediakan hanya bagi peserta dari luar Bahagian Kuching/Kota Samarahan. Sebarang keperluan dan pertanyaan boleh hubungi pihak urusetia.

 

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti konsep, kaedah pengurusan kesejahteraan psikologi dan penjagaan kesihatan mental yang baik dalam kehidupan seharian.
  2. Menyenaraikan teknik pengurusan emosi yang berkesan digunakan dalam kehidupan seharian.
  3. Menyenaraikan penggunaan Surah Al-Fatihah dalam kehidupan harian.
  4. Mengaplikasi bacaan Al-Fatihah mengikut cara yang betul.
Syarat Tambahan

1. Peserta tidak pernah mengikuti Kursus Minda Sejahtera secara dalam talian yang dianjurkan oleh Program Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, INTAN Bukit Kiara.

2. Kursus ini BUKAN untuk Pegawai/Pen. Pegawai Psikologi atau mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Psikologi/Kaunseling.

3. Peserta dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom penyakit.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 14/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGURUSAN EMOSI DAN STRES BERKESAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL
Hari Ke-2 | 15/09/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KENALI SURAH AL-FATIHAH DAN PENGGUNAANNYA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PRAKTIKAL TAHSIN AL-FATIHAH
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TERAPI AL-FATIHAH DALAM ETIKA KERJA