Carian Kursus

[ SZA0015 ] Kursus Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Selaras dengan keperluan semasa di dalam perkhidmatan awam, untuk menambah baik tatacara pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi menyemarakkan lagi kreativiti dan inovasi dalam sektor awam.
Pendedahan terhadap keperluan Penjawat Awam untuk peka terhadap Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1/2016 iaitu PANDUAN PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK).


Bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti agensi sektor awam sekaligus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan berfokuskan kepada outcome, impak dan potensi pengembangan projek bagi tujuan replikasi, pengkomersialan dan penyertaan dalam pertandingan.

Objektif Kursus
  1. Pada akhir kursus, peserta akan dapat mengetahui dan memahami tentang falsafah, struktur dan operasi KIK mengikut garis Panduan MAMPU, Panduan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK);
  2. Pada akhir kursus, peserta akan dapat menggunakan teknik-teknik mengenal pasti dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dalam proses KIK; dan
  3. Pada akhir kursus, peserta akan mendapat pendedahan untuk memulakan perlaksanaan projek KIK di unit kerja masing-masing mengikut teknik-teknik Horizon Baharu KIK yang dipelajari
Syarat Tambahan

Pemohon perlu memastikan e-mel rasmi yang digunakan adalah yang terkini kerana pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan diemelkan terus ke emel yang telah didaftarkan melalui HRMIS.

Sebarang pemakluman akan dibuat melalui emel tersebut.  Peserta dikalangan ahli kumpulan KIK adalah digalakkan menyertai kursus ini.  

Modul/Topik
Hari Pertama | 01/07/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kampus & Pengenalan Kursus
: Pengenalan Kepada Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Kepada Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu KIK (Sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik dan Kaedah Penghasilan Projek - Overview Teknik dan Kaedah - Latih Amal Teknik & Kaedah
Hari Ke-2 | 02/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik dan kaedah Penghasilan Projek (sambungan ....)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Teknik dan kaedah Penghasilan Projek (sambungan ....)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Mekanisme Penilaian & Kriteria Pemarkahan
Hari Ke-3 | 03/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Dokumentasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Projek , Rumusan, Penilaian & Penutup