Carian Kursus

[ POLJIMWPKLA0004 ] KURSUS PEMANTAPAN RISIKAN DAN SIASATAN [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran, dan kecekapan pegawai dalam bidang risikan dan siasatan bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan pelaksanaan tugas dalam jabatan. Kursus ini juga bertujuan memberi pendedahan melalui pemantapan ilmu, teknik moden, dan pemahaman terhadap undang-undang serta etika kerja.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengumpulan data risikan.
  2. Melibatkan pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah/teknik risikan serta penyamaran.
  3. Meningkatkan kemahiran pegawai dalam menyediakan kertas siasatan/ memperbaiki teknik susunan dan aturan kertas siasatan.
Syarat Tambahan

Terbuka hanya kepada pegawai atau anggota  JIM WPKL yang telah dicalonkan.

Para peserta digalakkan membawa nota atau buku akta yang berkaitan.

Sila pastikan keberadaan di Bilik Latihan 5 minit lebih awal sebelum kursus bermula.

Peserta wajib menghadiri keseluruhan sesi kursus dari awal hingga akhir.

Pihak penganjur akan menyediakan  makan minum, dan kemudahan asas sepanjang tempoh kursus.

 

 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 22/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KAEDAH MEMILIH SUMBER YANG PRODUKTIF
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SIASATAN JENAYAH TERANCANG
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ASAS RISIKAN DALAM KONTEKS JSJ
Hari Ke-2 | 23/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: OVERVIEW ANTI PEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTI PENYELUDUPAN MIGRAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TEKNIK MERAKAM PERCAKAPAN SEK.4 ATIPSOM 2007 & DOKUMEN SIASATAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SENARIO PENYELUDUPAN MIGRAN DI MALAYSIA