Carian Kursus

[ KPA0014 ] KURSUS PENGURUSAN DASAR AWAM ZON SELATAN [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus
  • Kursus ini terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari gred 29 hingga 56 yang berkhidmat di kementerian/jabatan persekutuan/agensi/kerajaan negeri dan terlibat dalam penggubalan serta pelaksanaan dasar di jabatan/agensi masing-masing.  
  • Kursus ini akan dijalankan selama 3 hari dengan melibatkan sesi pembelajaran berbentuk teori dan analitikal.
  • Sesi ceramah akan dijalankan secara bersemuka.
Objektif Kursus
  1. untuk memberi pengetahuan asas dan kemahiran berkaitan penggubalan / penyediaan dasar awam kepada pegawai di Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat terutamanya pegawai-pegawai di Zon Selatan
  2. meningkatkan kefahaman peserta mengenai prinsip, proses dan kerangka dasar awam dalam konteks pentadbiran kerajaan
  3. memberi pendedahan kepada kaedah dan pendekatan penggubalan dasar yang berasaskan bukti (evidence-based policy making)
  4. membantu peserta mengenal pasti isu-isu dasar serta menganalisis pelbagai pilihan dasar secara sistematik
  5. menggalakkan kerjasama antara agensi dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar awam yang bersepadu dan berimpak tinggi
  6. meningkatkan kecekapan dan profesionalisme penjawat awam dalam menggubal dasar yang inklusif, mampan dan selaras dengan aspirasi nasional
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang 3 hari kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri setiap sesi dan aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% @ melebihi 2 slot kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK diberikan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus;

4. Minum pagi dan makan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTAN;

5. Dimaklumkan bahawa kemudahan penginapan di INTAN Wilayah Selatan disediakan untuk peserta di luar Kluang, Johor sahaja. Peserta boleh menginap di hotel-hotel berdekatan dengan IKWAS sebagai pilihan alternatif; dan

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta semasa sesi taklimat pada hari pertama kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 06/10/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction to Public Policy
: Taklimat Kursus dan Ice Breaking
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Problem Identification
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Policy Formulation
Hari Ke-2 | 07/10/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Policy Evaluation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tugasan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Aktiviti Berkumpulan
Hari Ke-3 | 08/10/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Persediaan untuk Pembentangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan