Carian Kursus

[ WZA0012 ] Kursus Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan menerangkan kaedah pengauditan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) selaras dengan Garis Panduan yang ditetapkan oleh MAMPU.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan elemen-elemen penting berkaitan audit dalaman pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan tepat berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA MAMPU;
  2. Mengaplikasikan kaedah pelaksanaan audit dalaman dengan sistematik dan
  3. Menyediakan Laporan Audit yang komprehensif berdasarkan aspek penilaian kriteria audit MAMPU.
Syarat Tambahan

Kursus ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan dengan garis panduan, strategi, pendekatan dan langkah-langkah melaksanakan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di jabatan kerajaan

Para Peserta dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Menyertai group whatsapp sementara kursus bagi menyampaikan arahan/maklumat yang berkaitan (sekiranya perlu);
  • Peserta telah menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 ;
  • Peserta mestilah tiada simptom Penyakit Covid-19;
  • Peserta dimohon membuat ujian kendiri Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum hadir berkursus, jika keputusan negatif boleh hadir dengan membawa keputusan berkenaan.  Dilarang hadir berkursus jika keputusan POSITIF;
  • Peserta diminta mengamalkan / mematuhi SOP yang ditetapkan  sepanjang berkursus;
  • Peserta diminta menyediakan RM30.00 tunai bagi tujuan pendaftaran kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi tujuan tuntutan di Jabatan masing-masing;
  • Peserta perlu memuat naik borang pengesahan kehadiran dalam sistem DTIMS sebelum hadir berkursus;
  • Peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus mengikut pekeliling etika berpakaian yang berkuatkuasa serta memakai tanda nama; dan
  • Peserta diminta membawa surat tawaran kursus semasa membuat pendaftaran.
Modul/Topik
Hari Pertama | 21/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada EKSA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Audit Dalam EKSA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Refleksi & Kaedah Pelaporan Audit
Hari Ke-2 | 22/09/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal Audit Dalam EKSA & Perbincangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perbincangan Kumpulan & Persediaan Persembahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persembahan Latih Amal, Refelksi, Penilaian & Penutupan