Carian Kursus

[ BZA0008 ] Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah khusus untuk penjawat awam yang menerangkan secara terperinci mengenai pengurusan perolehan kerajaan berdasarkan kepada peraturan dan pekeliling perbendaharaan semasa yang berkuatkuasa. Ianya sesuai dihadiri oleh semua penjawat awam sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan perolehan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta dalam bidang perolehan bagi mencapai prinsip nilai faedah terbaik dalam perolehan kerajaan untuk mengurangkan pembaziran wang awam
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus perolehan Kerajaan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan terkini yang telah ditetapkan
  3. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta dalam bidang perolehan yang merupakan bidang penting dan memerlukan penekanan dalam aspek pengurusan perolehan kerajaan dengan nilai faedah terbaik
Modul/Topik
Hari Pertama | 15/05/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Punca Kuasa, Prinsip, Dasar dan Kaedah Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Pengurusan Sebut Harga dan Tender
Hari Ke-2 | 16/05/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Spesifikasi/Teknikal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Penilaian Kewangan / Teknikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes:Pengurusan Sebut Harga dan Tender
Hari Ke-3 | 17/05/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bekalan dan Perkhidmatan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Perolehan Kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak Kerja
Hari Ke-4 | 18/05/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Integriti Dalam Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan