Carian Kursus

[ KPA0002 ] Utilizing Regulatory Impact Analysis (RIA) for Better Regulation [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus
  • Kursus ini ditawarkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam di gred 29 hingga 56 yang berkhidmat di kementerian/jabatan persekutuan dan kerajaan negeri dan yang bertanggungjawab dalam merancang dan membuat dasar serta pengamal yang terlibat dalam pelaksanaan peraturan-peraturan di jabatan/agensi masing-masing.
  • Kursus ini diharap dapat melatih penjawat awam mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai penggunaan rangkakerja Regulatory Impact Assessment (RIA) sebagai tools dalam pengurusan, perancangan dan membuat keputusan dan peraturan.
  • Sesi ceramah akan dijalankan secara bersemuka.

 

 

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan tujuh elemen Regulatory Impact Analysis (RIA) berdasarkan kepada Best Practice Regulation Handbook 2021.
  2. Mengenalpasti perbezaan antara Regulatory Impact Analysis (RIA) sebagai proses membuat keputusan dan Regulatory Impact Statement (RIS) sebagai dokumen akhir kepada proses RIA.
  3. Mengaplikasikan Regulatory Impact Analysis (RIA) dalam penyediaan Regulatory Impact Statement (RIS) berdasarkan kepada format RIS
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang 3 hari kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri setiap sesi dan aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% @ melebihi 1 slot kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK diberikan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus;

4. Minum pagi dan makan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTAN;

5. Dimaklumkan bahawa asrama di INTAN Bukit Kiara ditutup sepenuhnya bagi tujuan naik taraf di bawah Projek RMK-12. Justeru itu, kemudahan penginapan tidak dapat disediakan di INTAN Bukit Kiara,. Peserta boleh menginap di hotel-hotel berdekatan dengan INTAN Bukit Kiara sebagai pilihan alternatif; dan

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta semasa sesi taklimat pada hari pertama kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 23/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview of Good Regulatory Practice (GRP)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Problem Statement
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Objectives
Hari Ke-2 | 24/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Policy Options
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Impact Analysis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Public Consultation Procedures, Conclusion and Recommendation & Strategy for Implementation
: Unified Public Consultation (UPC) - Sesi Amali Menggunakan Sistem UPC
Hari Ke-3 | 25/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Case Study
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Case Study
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Case Study Presentation