Carian Kursus

[ FZA0003 ] Kursus Pengurusan Harta dan Perancangan Pewarisan [ Siri 3/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dibentuk bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan melaksanakan perancangan harta dengan teratur. Banyak instrumen perancangan harta yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan tertentu. Tetapi sejauh manakah instrumen-instrumen tersebut dapat mencapai matlamat kita sebagai pemilik harta? Pada masa yang sama, sebagai waris, kita juga berperanan menyegerakan tuntutan pembahagian harta pusaka agar waris dapat menikmati manfaat daripada harta yang ditinggalkan dan dapat mengelakkan daripada isu termakan harta yang bukan hak.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan instrumen-instrumen dalam perancangan harta pusaka mengikut tujuan dan keperluan individu;
  2. Menjelaskan prosedur permohonan pembahagian harta pusaka kecil menurut Seksyen 8 dan Seksyen 17, Akta 98; dan
  3. Menjelaskan konsep pentadbiran harta pusaka yang berwasiat dan tanpa wasiat bagi orang Islam dan orang bukan Islam menurut hukum faraid dan Akta Pembahagian 1958.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam.
  • Kursus dijalankan secara dalam talian (online) menggunakan platform Zoom.
  • Peserta yang berjaya mestilah mempunyai peranti kamera video (webcam) dan mikrofon.
  • Peserta yang berjaya dipilih digalakkan mengikuti modul Pengurusan Harta Pusaka Kecil di Malaysia (EZA 0108) dalam EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) dengan jumlah jam belajar sekurang-kurangnya 30 minit. 

 

Maklumat Tambahan

  • Bersedia dan sertai pautan kursus 10 minit sebelum sesi bermula.
  • Memastikan nama yang digunakan adalah nama sebenar peserta.
  • Memastikan pautan yang diterima adalah dari sumber atau host yang sah.
  • Video hendaklah sentiasa diaktifkan (on) mengikut kesesuaian, dan audio tidak diaktifkan (mute). Audio diaktifkan (unmute) hanya apabila ingin berkomunikasi. 
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
Modul/Topik
Hari Pertama | 27/09/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pentadbiran Harta Pusaka; perancangan dan kaedah pelaksanaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Prosedur Pengurusan Harta Pusaka Kecil
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia - Isu, Cabaran dan Masalah
Hari Ke-2 | 28/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Wasiat Instrumen Perancangan Harta
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Hibah Penyubur Kasih Sayang
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kes Tuntutan Harta di Mahkamah Syariah