Carian Kursus

[ SZA0038 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 :Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara berkesan  dan berkualiti iaitu Delighting the Customer dari aspek fizikal, penyampaian dan emosi serta dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

 

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas perkhidmatan pelanggan berdasarkan PKPA 1/2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa; dan
  3. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam.
Syarat Tambahan

 TERMA & SYARAT / MAKLUMAT TAMBAHAN

Para Peserta dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Menyertai  whatsapp group kursus bagi mendapatkan maklumat berkaitan kursus ;
  • Mendaftar masuk kursus secara dalam talian 30 minit sebelum kursus bermula dengan menggunakan nama penuh peserta;
  • Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran dalam sistem DTIMS sebelum hadir berkursus;
  • Menepati masa kursus yang ditetapkan oleh urus setia berpandukan jadual kursus;
  • Memaklumkan urus setia sekiranya peserta perlu meninggalkan kelas untuk urusan rasmi atau urusan keluarga ketika BDR (sekiranya berkaitan);
  • Menetapkan kamera sentiasa dalam mode ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode OFF sekiranya tidak menggunakannya; dan
  • Membuat penilaian kursus dalam DTIMS sebaik sahaja Kursus selesai.
Modul/Topik
Hari Pertama | 30/01/2022 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus dan Ice breaking
: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perkhidmatan Kaunter dan Telefon Berkualiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hubungan Interpersonal
Hari Ke-2 | 31/01/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Berkesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Imej Sebagai Petugas Barisan Hadapan
: Penutup dan Rumusan