Carian Kursus

[ UZA0015 ] Kursus Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini ditawarkan adalah untuk melatih peserta kursus memahami perkara-perkara asas mengenai aktiviti projek Horizon Baharu KIK bagi memenuhi keperluan perlaksanaan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016.

Objektif Kursus
  1. Memahami konsep, struktur, prinsip dan amalan Horizon Bahru KIK
  2. Menerangkan fasa-fasa pelaksanaan, pembudayaan dan pemerkasaan inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu KIK
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka bagi semua penjawat awam gred 11 hingga 48 dari pelbagai jabatan dan agensi khususnya di wilayah utara yang berminat untuk memahami keperluan asas perlaksanaan Horizon Baharu KIK. Namun keutamaan diberikan kepada peserta yang telah dilantik oleh jabatan atau agensi samada sebagai penyelaras, fasilitator, ketua atau ahli kumpulan Horizon Baharu KIK.

Modul/Topik
Hari Pertama | 04/07/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Melalui Horizon Baharu KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Struktur Dan Asas Pemilihan Projek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Format Penyediaan Laporan Projek - Tugasan Kumpulan
Hari Ke-2 | 05/07/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik Dan Kaedah Penghasilan Projek - Penjanaan Idea Melalui ` Design Thinking '
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Kriteria Laporan Dokumentasi Projek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tugasan Kumpulan Penyediaan Laporan Dokumentasi Projek
Hari Ke-3 | 06/07/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perbincangan Dan Persembahan Draf Projek Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persembahan Projek Kumpulan Dan Rumusan