Carian Kursus

[ ICB0026 ] CYBER CRIME UNLOCKED -AI [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Dalam era digital yang berkembang pesat hari ini, teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin meluas penggunaannya dalam pelbagai sektor - termasuk keselamatan, pendidikan, perniagaan dan hiburan. Namun begitu, kemajuan teknologi ini turut membuka ruang kepada peningkatan ancaman jenayah siber yang semakin kompleks dan sukar dikesan menggunakan kaedah konvensional.

Penyalahgunaan AI dalam jenayah siber seperti deepfake, penipuan digital, pencerobohan data, pencurian identiti, serangan ransomware, dan manipulasi algoritma kini menjadi antara ancaman utama dalam landskap keselamatan siber global. Jenayah ini bukan sahaja memberi kesan terhadap individu dan organisasi, malah boleh menggugat kestabilan ekonomi dan keselamatan negara.

Menyedari kepentingan mendalami isu ini, Kursus Cyber Crime Unlocked - AI dirangka bagi membuka minda peserta terhadap bentuk-bentuk jenayah siber berasaskan AI yang kian membimbangkan. Kursus ini juga bertujuan melengkapkan peserta dengan pengetahuan asas hingga lanjutan mengenai bagaimana AI boleh digunakan untuk mengesan, menganalisis dan memintas serangan siber secara lebih proaktif.

Kursus ini selari dengan matlamat kerajaan dalam memperkukuh keselamatan digital negara, serta mendukung agenda Revolusi Industri 4.0 dan Dasar Keselamatan Siber Negara. Melalui pendekatan hands-on dan simulasi dunia sebenar, peserta akan didedahkan kepada kes-kes sebenar, aplikasi AI dalam forensik digital, serta kaedah penyiasatan jenayah siber terkini yang lebih efisien.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan Kesedaran dan Pemahaman - Memberikan pendedahan kepada peserta tentang pelbagai bentuk jenayah siber yang berkaitan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI), termasuk ancaman baharu seperti deepfake, serangan automatik, dan eksploitasi data.
  2. Membangunkan Kemahiran Pengesanan dan Analisis - Melatih peserta menggunakan teknologi AI dan alatan forensik digital untuk mengenal pasti, menganalisis, dan mengesan serangan siber secara efektif, berdasarkan simulasi kes-kes sebenar.
  3. Mengasah Strategi Pencegahan dan Tindak Balas - Membimbing peserta membangunkan pelan tindak balas insiden dan strategi keselamatan siber yang berinovasi, bagi mengurangkan risiko serangan siber serta melindungi aset digital organisasi dan individu.
Syarat Tambahan

Permohon penyertaan program ini dibuka kepada:

1. Forensik Jenayah

2. Penerbit Rancangan - Wartawan

3. Pereka 

4. Peserta Industri 

5. Lain-lain

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: • KESELAMATAN SIBER, DIGITAL FORENSIK (AI) & JENAYAH SIBER Pengenalan kepada kepada siber, jenayah siber dan digital forensic AI • KAJIAN KES: PISHING & SCAM Contoh sebenar individu yang menjadi mangsa phising atau scam, cyber attack, buli siber dan lain-lain
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • DISKUSI: SOCIAL ENGINEERING Mengenal pasti kelemahan dalam psikologi dan interaksi manusia yang boleh mnyebabkan mereka mudah ditipu (Social Engineering)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: • BENGKEL “REVERSE MIND IN ACTION” Peserta berperanan menjadi penipu untuk memahami teknik phising dan scam – seperti membina kepercayaan dan manipulasi emosi mangsa (Social Engineering) • STRATEGI PERTAHANAN: CYBER DEFENSE Amalan keselamatan dalam talian – seperti kata laluan yang kuat dan pengesahan dua factor • PENGENALAN KEPADA FACTIVERSE AI EDITOR Demonstrasi dan Hands On – Verifikasi teks dan mengenalpasti berita palsu
Hari Ke-2 | 21/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: • AI DALAM JENAYAH SIBER Bagaimana AI digunakan oleh penjenayah (Deepfake) dan bagaimana AI berperanan dalam membenteras jenayah • PENGENALAN KEPADA SENSITY AI Alat untuk pengesanan deepfake (video, imej, audio) dan demonstrasi ciri-ciri utama (Sensity AI Deepfake Detection)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • PENGENALAN KEPADA OSINT Definisi OSINT dan peranan dalam penyiasatan kewartawanan (mengumpul maklumat dari media sosial dan laman web)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: • HANDS ON DENGAN SENSITY AI Menganalisis sampel media untuk mengesan deepfake dan memastikan tiada manipulasi • MENGGUNAKAN FACTIVERSE AI EDITOR DENGAN SUMBER OSINT Memverifikasi maklumat daripada sumber terbuka dan integrasi OSINT • LATIHAN BERASASKAN SENARIO Aktiviti kumpulan: Menggunakan OSINT, Factiverse dan Sentity AI untuk tugas simulasi kewartawanan dan penyiasatan digital forensik