Carian Kursus

[ JDNFA0006 ] KURSUS ASAS PENERBITAN BUKU DIGITAL [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Pembangunan penerbitan digital memerlukan kefahaman terhadap prinsip dan proses penerbitan digital yang bukan hanya tertumpu kepada penyediaan kandungan atau reka bentuk. Ia turut melibatkan perancangan konsep dan sasaran pembaca, penyusunan kandungan, reka bentuk dan susun atur, pemilihan format penerbitan, penerapan elemen interaktif seperti pautan, navigasi, multimedia dan elemen digital yang bersesuaian, serta proses semakan dan penerbitan. Kefahaman terhadap aspek-aspek tersebut penting bagi memastikan bahan penerbitan digital dapat disampaikan secara lebih tersusun, menarik dan mudah difahami.

Kursus Asas Penerbitan Buku Digital dapat memberikan pendedahan serta kemahiran praktikal kepada pegawai JDN mengenai kaedah pembangunan dan penerbitan e-buku secara sistematik. Kursus ini akan memberi penekanan kepada aliran kerja penerbitan, prinsip reka bentuk e-buku serta penggunaan elemen interaktif yang bersesuaian supaya pegawai dapat menghasilkan penerbitan digital yang lebih berstruktur, informatif dan interaktif. Pendekatan ini diharap dapat membantu pegawai menyediakan penerbitan dalaman seperti polisi, panduan, laporan dan pelan strategik dengan lebih teratur dan konsisten.

Objektif Kursus
  1. i. memberikan pengetahuan asas mengenai konsep, jenis dan proses pembangunan serta penerbitan e-buku;
  2. ii. meningkatkan kemahiran asas dalam penyediaan, penulisan, penyusunan dan semakan kandungan penerbitan;
  3. iii. memberi pendedahan kepada prinsip reka bentuk, layout, elemen digital dan interaktif yang sesuai untuk penerbitan e-buku;
  4. iv. memberi kefahaman mengenai proses semakan kualiti, penyediaan fail akhir dan penerbitan e-buku; dan
  5. v. membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui latihan amali sehingga menghasilkan satu prototaip e-buku.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada warga Jabatan Digital Negara sahaja.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 20/10/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1: Memahami Ekosistem Penerbitan Digital
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 2: Merancang Projek dan Struktur Penerbitan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 3: Menyediakan Kandungan untuk Reka Letak Digital
Hari Ke-2 | 21/10/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 4: Asas Reka Bentuk dan Hierarki Visual
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 5: Membina Penerbitan Digital Menggunakan Canva
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 6: Membina Elemen Interaktif
Hari Ke-3 | 22/10/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 7 Menukarkan PDF kepada Flipbook dan Penerbitan Dalam Talian
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Projek Akhir - Menghasilkan E-Buku Interaktif
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Projek Akhir - pembentangan terpilih.