Carian Kursus

[ POLJIMPPKA0003 ] KURSUS KAWALAN IMIGRESEN (VISA PAS DAN PERMIT) BAGI GRED KP1-KP4 SIRI 1 [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini melibatkan pegawai yang bertugas di Bahagaian Visa,Pas dan Permit di Negeri Sabah sahaja.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan pegawai di Bahagian Visa,Pas dan Permit.
  2. Memenuhi kompetensi pegawai di Bahagian Visa,Pas dan Permit.
  3. Pendedahan kepada penyelesaian masalah dan isu-isu di Bahagian Visa, Pas dan Permit.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Sarapan Pagi, Makan pagi, Makan tengahari dan Makan Petang sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak AIMM dan Jadual tidak akan dicetak mulai tahun 2025 bagi langkah-langkah penjimatan. Jadual akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Penginapan disediakan bagi peserta yang berada di luar lingkungan 25 km dari tempat bertugas ke tempat berkursus. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Pakaian semasa kursus adalah UNIFORM NO.3A

7. Para peserta digalakkan untuk membawa buku AKTA IMIGRESEN 1959/63 dan pekeliling yang berkaitan.

8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 11/02/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: APEC/ePLSI/ePAS (KEMUDAHAN DAN APLIKASI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pas Residen dan MM2H (KEMUDAHAN DAN APLIKASI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PAS PELAJAR DAN PLIK (KEMUDAHAN DAN APLIKASI)
Hari Ke-2 | 12/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: NAZIRAN (KEMUDAHAN DAN APLIKASI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERMIT MASUK
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KAJIAN KES/PELANGGARAN UNDANG-UNDANG IMIGRESEN