Carian Kursus

[ TZA0001 ] Kursus Pengukuhan Pasukan [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kerja berpasukan merupakan tulang belakang sesebuah organisasi terutamanya apabila melibatkan sesebuah organisasi yang besar dan mempunyai rantaian kerja yang kompleks.

Tanpa hubungan yang kukuh dalam kalangan ahli kumpulan, sudah pasti akan menjejaskan hala tuju dan pencapaian matlamat sesebuah organisasi.

 

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi: dan
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan; dan
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

7. Penganjuran kursus ini melibatkan banyak pergerakan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, mana-mana peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti ini.

8. Peserta hendaklah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan perlulah dipastikan bahawa tuan/puan yang hadir adalah bebas daripada sebarang gejala COVID-19 seperti kelesuan, demam, batuk, selsema, berada dalam lingkungan suhu badan yang normal, memakai pelitup muka, dan menjaga jarak fizikal.

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/06/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Eksplorasi Diri (Ice Breaking)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pra Pembinaan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Eksplorasi Kumpulan (Pembinaan Kumpulan)
Hari Ke-2 | 20/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mini Explorace
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kreativiti dan Kepimpinan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Komunikasi & Persaingan
Hari Ke-3 | 21/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Simulasi Kembara/Kembara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kembara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ikhtiar Hidup
Hari Ke-4 | 22/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyatuan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penilaian, Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil