Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada peserta berkaitan dengan garis panduan, pendekatan dan tatacara menyediakan dokumen myPortfolio berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam.
1. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terlibat sebagai penyelaras myPortfolio di Jabatan/Agensi.
2. Peserta dihendaki membawa peralatan/maklumat berikut semasa kursus ini dijalankan.
3. Peserta yang berjaya dipilih akan dimaklumkan melalui surat tawaran berjaya melalui e-mel yang didaftarkan.
4. Tempat penginapan di Asrama INTAN hanya akan ditawarkan kepada peserta yang memohon dan beribu pejabat di luar kawasan Lembah Kelang sahaja dan bergantung kepada kekosongan asrama. Keputusan permohonan penginapan Asrama INTAN (berjaya/tidak berjaya) akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftarkan. Bagi peserta yang tidak ditawarkan kemudahan penginapan Asrama INTAN, tuan/puan adalah dinasihatkan untuk membuat persiapan sendiri.
5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat Kursus dan Pengenalan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Tatacara Penyediaan myPorfolio | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Tatacara Penyediaan myPorfolio (Sambungan) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat myPortfolio Sistem HRMIS | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Latih Amal Penyediaan myPortfolio | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal Penyediaan myPortfolio (Sambungan) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembentangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Kumpulan (Sambungan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Rumusan dan Penilaian |