Carian Kursus

[ WZA0050 ] Human Resource Champion: Pengurusan Tatatertib [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Human Resource Champion (HRC) Modul Pengurusan Tatatertib ini akan dikendalikan secara bersemuka dan terbuka hanya kepada pegawai-pegawai seperti berikut:-

1.  Pegawai Penyelia.

2.  Ketua Jabatan.

3.  Pegawai di Unit Integriti.

4.  Urusetia Lembaga Tatatertib Jabatan.

5.  Ahli Lembaga Tatatertib Jabatan.

Objektif Kursus
  1. Peserta akan dapat menjelaskan Tatakelakuan dan Larangan dalam perkhidmatan awam dengan sempurna berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  2. Peserta akan dapat menerangkan Prosedur-Prosedur Tatatertib selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan betul.
  3. Peserta akan dapat menggunapakai kemahiran dalam tugas kawalan dan pengawasan tatatertib dengan berkesan.
Syarat Tambahan

1.  Kursus ini akan berakhir pada jam 1630 hrs pada 16.05.2024.  Sila ambil perhatian.

2. Sila kemaskini maklumat HRMIS tuan/puan terlebih dahulu dengan nombor telefon bimbit yang betul sebelum membuat permohonan.

3. Setiap peserta dikehendaki membawa Laptop dan Pen Drive masing-masing.

4.  Mulai tahun 2024, pegawai di gred 19 ke atas yang mengurus tatatertib di jabatan masing-masing, boleh boleh memohon.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/05/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Tatatertib.
: Pihak Berkuasa Tatatertib.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tatakelakuan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Larangan.
Hari Ke-2 | 14/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prosedur Tatatertib: I. Prosedur Tatatertib Biasa. II. Prosedur Tidak Hadir Bertugas dan Tidak Dapat Dikesan.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Prosedur Tatatertib: III. Prosedur Prosiding Jenayah/Sabitan Jenayah di Mahkamah. IV. Prosedur Perintah Tahanan/Buang Negeri dsbnya.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Tatatertib: V. Prosedur Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam. VI. Prosedur Surcaj.
Hari Ke-3 | 15/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Hukuman Tatatertib; Rayuan Tatatertib; Kesan Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kesilapan Lazim Dalam Pengurusan Tatatertib.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Berkumpulan.
Hari Ke-4 | 16/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latihan Berkumpulan.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Berkumpulan.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penutupan & Penilaian Kursus.