Carian Kursus

[ EAA0073 ] KURSUS PENGENALAN AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK UNTUK RUMAH SEMBELIH JABATAN/SWASTA DAN PUSAT OPERASI PENGUMPULAN INDUSTRI TENUSU (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini amat penting untuk diikuti oleh pegawai jabatan yang ditempatkan di Rumah Sembelih Jabatan atau Swasta dan Pusat Operasi Perkhidmatan Pengumpulan Industri Tenusu. Amalan Pengilang yang baik menyediakan garis panduan kepada pegawai Jabatan dalam memastikan rumah sembelihan dan pusat operasi pengumpulan industri tenusu menghasilkan daging, produk daging, susu dan hasilan susu yang selamat untuk dimakan serta pematuhan berterusan terhadap sistem keselamatan makanan bagi mengelakkan kesihatan manusia terjejas dan kesan ekonomi dari penyakit bawaan makanan.

Objektif Kursus
  1. Memahami keperluan Amalan Pengilangan yang baik bagi Rumah Sembelih dan Pusat Operasi Pengumpulan Industri Tenusu
  2. Menambahkan kesedaran terhadap keperluan pra-syarat bagi penghasilan daging, produk daging, susu dan hasilan susu yang dikeluarkan daripada keselamatan makanan hasilan ternakan
  3. Memperoleh pengetahuan asas dalam melaksanakan elemen Amalan Pengilangan yang baik0/ melalui pelaksanaan yang betul
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus ini ditawarkan kepada pengurus/ pegawai di Rumah sembelih, pegawai Pusat Operasi Perkhidmatan Pengumpulan Industri Tenusu (PO PIT) dan pegawai Industri Asas Ternakan (IAT) sahaja.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Kerintangan Antimikrob: Ancaman Senyap Terhadap Keselamatan Makanan.
: Pengenalan kepada GMP Kepentingan Keselamatan Makanan Jenis-jenis bahaya Keselamatan Makanan Elemen-elemen GMP Rekabentuk dan Kemudahan Premis - Pelan Bangunan & Susunatur premis - Rekabentuk Peralatan dan Perkakasan - Struktur Dalaman dan Kemudahan Premis
Hari Ke-2 | 15/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Case studies -Pelan Bangunan & Susunatur premis Kawalan Operasi - Kawalan masa dan suhu - Kawalan Pencegahan Pencemaran Biologikal, Kimia, Fizikal dan Alergen - Kawalan Proses - Kawalan Kemasukan Bahan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyelenggaran dan Pembersihan - Penyelenggaraan Berjadual - Jadual Pembersihan Terancang dan Verifikasi - Sistem Pelupusan Sisa - Program Kawalan Makhluk Perosak
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pekerja - Status Kesihatan - Kawalan dan Pemantauan Penyakit Berjangkit - Polisi Kebersihan diri - Kawalan Pelawat
Hari Ke-3 | 16/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kawalan Pengangkutan Pengesanan dan Sistem Daya-jejak (Traceability) Sistem Penarikan Balik Produk
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Keperluan Root Cause Analysis (RCA) untuk Penyimpangan Indeks Patogen dan Residu - Apa itu RCA? - Teknik-Teknik RCA - Pelaksanaan Pembetulan dan Tindakan Pembetulan (Correction and Corrective Action) - Pengesahan RCA