Carian Kursus

[ KEA0031 ] KURNIA : KURSUS NILAI PENJAWAT AWAM [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Malaysia MADANI merupakan gagasan negara yang menekankan pembangunan masyarakat dan pentadbiran berteraskan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Selaras dengan aspirasi tersebut, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) pula diperkenalkan bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, responsif, berintegriti dan berpaksikan rakyat.

Kumpulan pelaksana merupakan barisan hadapan organisasi yang memainkan peranan penting dalam mencerminkan imej dan keberkesanan penyampaian kerajaan. Justeru, modul ini dibangunkan bagi membudayakan nilai Malaysia MADANI dan aspirasi ARPA dalam kalangan kumpulan pelaksana melalui pendekatan yang lebih praktikal, interaktif dan dekat dengan tugasan harian.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab kumpulan pelaksana dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)
  2. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan peserta terhadap aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/10/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SLOT 1 : PENGENALAN KURNIA: MEMACU TRANSFORMASI NEGARA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SLOT 2 : PENGHAYATAN NILAI DAN TATAKELOLA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SLOT 3 : KESEJAHTERAAN PENJAWAT AWAM
Hari Ke-2 | 06/10/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SLOT 4 : DAYA CIPTA DAN INOVASI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SLOT 5 : PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SLOT 6 : MENEROKA PUNCA, MEMBINA SOLUSI